Monday, August 18, 2008

Kenaikan Harga Tambang Bas Ekspres

Saya telah meneliti pekeliling yang dikeluarkan LPKP yang diedarkan kepada pengusaha bas dalam minggu lalu. Antara isi kandungannya kenaikan tambang 60% untuk bas ekspres dan tambahan sercaj 30% untuk musim perayaan. Pengumuman akan dibuat pada 25hb Ogos ini.

Saya memandang isu ini dari dua perspektif. Pertama dari pandangan pelanggan dan penumpang bas. Sejak Dato' Noh umumkan tentang kenaikan tambang yang bakal berlaku saya perhatikan tren pembelian tiket yang amat tinggi. Mungkin pelanggan panik dan cuba mendapatkan tiket sebelum kenaikan harga.

Mengikut kajian saya 83% penumpang berpendapatan kurang dari RM2000 sebulan dan 70% penumpang berumur bawah 25 tahun. Tiada siapa yang gemarkan kenaikan harga tapi bagi pelanggan berpendapatan rendah, mereka ini menerima kesan kenaikan kos pengangkutan.

Pelanggan akui kos pengusaha bas semakin meningkat tetapi beban kenaikan ini perlu di tampung dengan memperkenalkan khidmat tambah nilai kepada penumpang. Misalnya pembelian tiket online yang memudahkan mereka mendapatkan tiket, kedua dengan kenaikan tambang pengusaha bas mesti meningkatkan lagi mutu perkhidmatan meliputi keselesaan penumpang, keadaan bas yang baik dan mempromosikan ciri keselamatan pemanduan (tali pinggang, GPS etc). Diharap dengan dengan khidmat tambah nilai ini pelanggan akan merasakan faedah dan kesan baik dari kenaikan tambang.

Dari perspektif pengusaha pula, mereka amat-amat memerlukan kenaikan tambang berikutan kos yang meningkat. Benar subsidi diberi kepada pengusaha bas namun tidak mampu mengekang kesusutan margin perniagaa ini. Perniagaan bas adalah satu perniagaan yang mana pengusaha tidak boleh bermain dengan margin seperti perniagaan lain. Ini kerana kadar tambang ditetapkan pleh LPKP.

Dahulu untuk pengusaha mencipta keuntungan jumlah loading setiap trip hanya perlu mencapai 60%. Maksudnya kalau dapat jual 60% dari jumlah seat dah boleh ROI. Tapi hari ini untuk ROI jumlah loading adalah 90%. Keperitan ini tidak mampu ditanggung oleh pengusaha bas apalagi syarikat-syarikat kecil.

No comments: